Thursday, July 24, 2008


Alhamdullilah Idlan Kembali Sihat . Ucapan Berbanyak terima kasih pada MISI dan Doktor yang merawatnya.





wajah idlan kena balut.

Selepas keluar hospital, kami terus mengambil keputusan idlan akan kami cari pengasuh, kami tidak hantar idlan ke neseri lagi kerana kemungkinan idlan tidak tahan persekitaran di ctu. budak2 rajin demam , batuk dan selsema. Idlan lak baby pramatang .

Minggu pertama mak tok dan tok ayah terpaksa duduk di cni menjaga idlan kerna ibu dan ayah kerja. hampir 2 minggu aku bercuti menjaga idlan cuti pun dah habis. Minggu seterusnya idlan dapat pengasuh baru, mak cik citi. depan umah je alhamdullilah.

Idlan mula kami bawa terapi di Gedangsa. kata org kakak yang mengurut idlan mempelajari teknik urutan bayi di Jepun / China. Bila kami pergi ramai kanak-kanak menerima rawatan di sana. Ada yang sempat bertanya dari anak 6 bulan , telah dibawa ke sana kerana anak termakan air ketuban dan menyebabkan anggota badan keras. sekarang anak berusia 1 thn lebih dah banyak perubahan yang dilihat.
Untuk kali pertama, idlan memang marah badanya di balut, tapi selepas 4 jam balutan dibuka idlan nampak selesa. sehari demi sehari idlan makin aktif. Kali kedua idlan nampak lagi cergas sampai tidak leh lega jika memegang.

masuk dua minggu pengasuh idlan memberitahu dia mengandung, idlan kena cai pengasuh baru idlan dapat opah pulak. Alhamdullilah duduk dengan opah sekarang.

Kami serik hantar ke nesery lagi setakat ini kerana kami dapati kebersihan diragui. Sebelumnya sememangnya menjadi tanda tanya... tapi masih bertahan di nesery kerna percaya walaupun antara kawan-kawan yang berjumpa kami bertanya dan bersembang2. Namun Tuhan telah membuktikan Keraguan itu terbukti apabila balang susu idlan pecah dan susu dikembalikan dalam botol baru untuk kegunaan harian. fikir-fikirkan
  • ADAKAH SUSU TERSEBUT TIDAK TERCEMAR OLEH KACA DARI BALANG YANG TELAH PECAH.
  • BEG UBAT/MINYAK YANG DIBERI DALAM KEADAAN PUTIH BERSIH DIPULANGKAN DALAM KEADAAN BERKULAT DAN DILETAK BOTOL SUSU ANAK DI DALAMNYA.
jun 08 ,
Idlan dimasukkan ke hospital pulak. bermula dengan demam dan batuk pada hari jumaat , isninnya dia dikatakan terkena jangkitan kuman pada paru2. Dari hospital Slim river masuk jam 5 petang, dalam jam 8 doktor memberitahu idlan dalam keadaan kritikal. Hanya sebelah paru2 yang berfungsi untuk penafasannya. Tuhan saja yang tahu perasa kami masa tu. Sekitar jam 8.00 malam lebih doktor memberitahu idlan terpaksa mengunakan mesin bantuan penafasan bagi membantu dia bernafas. Aku melihat sendiri bagaimana proses pemasangan mesin bantuan penafasan pada anak kecik ku... hanya tawakal dan tangisan saja yang menemani.

sekitar jam 12 idlan dibawa ke hospital Besar kerna ketiadaan Pakar kanak2 di cni. sekitar jam 2 pagi lebih sampai di Ipoh idlan dimasukkan ke ICU orang dewasa, kerna ICU kanak2 sudah penuh. kami tidak dibenarkan menjaga. tunggu diluar semalaman. video

hari ke 4 idlan dipindahkan ke ICU kanak2. Yang menyedihkan kami diberitahu doktor Idlan tarik semalam semasa berada di ICU dewasa. Apa yang sedihnya kami meminta untuk menunggu permata hati kami yang kecik itu, tetapi tidak dibenarkan dengan alasan itu wad ICU tidak boleh yang menunggu dimaklumkan juga seorang pesakit seorang staf nurse yang jaga, apa yang terkilannya bagimana boleh idlan tarik. sedangkan petugas sedia maklum idlan masih demam pada hari tersebut, seharusnya dipantau. selepas dipindahkan ke icu kanak2 saya dibenarkkan menunggu , idlan masih demam dan keadaan dia seolah akan jadi seperti sebelumnya.. saya cepat2 minta petugas yang terbabit melihat keadaan anak saya dan ubat telah dibagi.

akibat kelalaian itu , doktor mensyaki ada kuman di otak , doktor scan otak , bila dapat keputusan otak bersih, tapi doktor masih mencari punca kenapa idlan tarik meminta kebenaran kami utk mengambil sedikit air tulang belakang. Terpaksa kami beri sbb kami sendiri tak tahu membuat apa-apa lagi. Bertawakal . Selepas air tulang belakang diambil ... aku lihat bertapa seksanya idlan menahan sakit. bayi yang berusia 6 bulan ya Allah menangis aku ketakutan.

keputusan diterima otak bersih dari kuman dan idlan tarik adalah disebabkan oleh demam. sekiranya dipantau sudah tentu idlan tidak tarik.

13 hari idlan di hospital, alhamullilah idlan dibenarkan balik. yang peliknya ada doktor cakap kemungkinan idlan akan berada di hospital seminggu dua lagi... tapi bila pakar datang terus memberi keputusan idlan dipindahkan ke wad. Petang pakar datang melawat lagi katanya idlan leh balik esok jika penafasan ok. Alhamdullilah idlan boleh balik esoknyaa. pelikkan satu doktor cakap 1-2 mggu lagi kena dirawat... tapi pakar kata lain. Walau bagaimana pun saya bersyukur sangat idlan kembali pulih.

semasa di hospital macam-macam kes dapat saya lihat. kami dapat kenali danesha.... entah apa jadi padanya sekarang kata umminya doktor silap bagi ubat.

Pekasam asam jawa

ikan kebasi ( rasanya nama lain ikan selangat )
bersih ikan, buang perut dan kepala . sisik ikan dibiarkan
masukkan ikan , garam , air dan asam jawa ke dalam periuk dan rebus hingga masak.
untuk hidangan goreng ikan tersebut dgn api yang perlahan sampai garing.
boleh dihidangkan dengan nasi yang panas. sedapppppppppppp.
pekasam ini jika lama lebih sedap - boleh disimpan didalam peti sejuk


Asam pedas Ikan pari

halba, cili kering , bawang besar blender hancur
panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak.
masukkan ikan pari, daun kesum, bunga kantan dan garam masak.
kacang bendi . masak dan boleh dihidangkan

idlan semasa dalam perjalanan ke Nilai ( umah Mak tam )

Fitian iman semasa dirumah mak tam di nilai
Kek Coklat Kukus


Mutabak Maggi

manggi segera, telur, garam, cili besar, lada hitam.

Muffin coklat Kukus




Lena tidurnya
cadangan membeli umah nie.




Pari Bakar


ikan pari dibasuh bersih, masuk garam , kunyit, sos cili dan kicap. perap sekejab dan bakar.
Masak itam daging

cili kering , bawang, halia lengkuas digoreng dengan minyak dan blender.
daging dipotong dan diperap dengan air asam jawa dan kicap.
minyak tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga , jika nak letak daun kari pun
boleh. lepas tumis ...masukkan daging yang diperap bersama bahan-bahan yang diperap. Bila
dah masak daging baru masukkan bahan yang blender berserta garam dan gula . masak dan
boleh dihidangkan.



hasil kerja tangan . macam-macam bakul dah buat

idlan suka sangat jika dapat duduk kat atas sofa tu
Em lama nya x update bz sesangat nie haa. nie pun curi2 jee hehehehe... gubahan pertama . teringin nak letak bunga-bunga lak kat umah