Tuesday, August 19, 2008

Sibuk menyiapkan juadah untuk jamuan, budak-budak bujang buat sandwish dan agar-agar laici sedapppppppppp


nie Cik ct tengah tolong memotong agar-agar laici orang bujang. Cik ct goreng bihun.

Cek at lak ditugas kan buat air teh dan kopi, hampir sekilo gula tuh..... fuh bersemangat tu

nie juadah yang disediakan , ada sambal bilis, rendang daging , rendang ayam berkicap, rendang kerang, agar-agar laici , sandwish, bihun, buah oren , apple, kentang goreng, nasi minyak, caramel, air teh dan air kopi




Rajin nya budak-budak bujang niee

yang ni lak makan dengan sopan santun


Wah sedapnya Makan umppppppppppppppppp........................
Rendang Kerang

2 kilo kerang direbus dan dibuang kulit
1 biji bawang besar
- dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci lengkuas -dikisar
2 biji bawang putih -dikisar
5 batang serai-dikisar
10 biji cili padi-dikisar
15-20 biji cili kering - dikisar
sedikit garam
sedikit gula
1 paket kerisik
1 biji kelapa diambil santannya
daun limau purut dan daun kunyit.

Cara membuat

Bawang besar, bawang putih , halia, lengkuas, serai, cili kering dan cili padi dikisar halus. masukkan semua bahan tadi di dalam kuali, masukan kerang , garam, santan dan gula kacau sebati. Biarkan masakan kering sedikit masukkan kerisik. masak hinga naik minyak, masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang telah dipotong halus. Hidangkan

Ayam Rendang Kicap

bahan

beberapa ketul ayam
1 biji bawang besar - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci lengkuas -dikisar
2 biji bawang putih -dikisar
4 batang serai-dikisar
1 biji bawang besar di potong bulat
4-6 biji cili padi dipotong dua
sedikit kicam lemak manis
sedikit garam
sedikit minyak
daun limau purut dan daun kunyit.

Cara membuat

Ayam digoreng dan diketepikan. bawang besar, bawang putih , halia, lengkuas, serai dikisar halus. Panaskan minyak tumis bahan yang dikisar. sampai garing sikit , masukan ayam , garam dan kicap kacau sebati. Akhir masukkan bawang yang dipotong bulat, cili padi, daun limau purut dan daun kunyit yang telah dipotong halus. Hidangkan

note : ramuan yang dikisar boleh dikisar bersama cili padi untuk sesiapa yang mahu pedas.
Idlan bersama Ibu