jun 08 ,
Idlan dimasukkan ke hospital pulak. bermula dengan demam dan batuk pada hari jumaat , isninnya dia dikatakan terkena jangkitan kuman pada paru2. Dari hospital Slim river masuk jam 5 petang, dalam jam 8 doktor memberitahu idlan dalam keadaan kritikal. Hanya sebelah paru2 yang berfungsi untuk penafasannya. Tuhan saja yang tahu perasa kami masa tu. Sekitar jam 8.00 malam lebih doktor memberitahu idlan terpaksa mengunakan mesin bantuan penafasan bagi membantu dia bernafas. Aku melihat sendiri bagaimana proses pemasangan mesin bantuan penafasan pada anak kecik ku... hanya tawakal dan tangisan saja yang menemani.

sekitar jam 12 idlan dibawa ke hospital Besar kerna ketiadaan Pakar kanak2 di cni. sekitar jam 2 pagi lebih sampai di Ipoh idlan dimasukkan ke ICU orang dewasa, kerna ICU kanak2 sudah penuh. kami tidak dibenarkan menjaga. tunggu diluar semalaman.

hari ke 4 idlan dipindahkan ke ICU kanak2. Yang menyedihkan kami diberitahu doktor Idlan tarik semalam semasa berada di ICU dewasa. Apa yang sedihnya kami meminta untuk menunggu permata hati kami yang kecik itu, tetapi tidak dibenarkan dengan alasan itu wad ICU tidak boleh yang menunggu dimaklumkan juga seorang pesakit seorang staf nurse yang jaga, apa yang terkilannya bagimana boleh idlan tarik. sedangkan petugas sedia maklum idlan masih demam pada hari tersebut, seharusnya dipantau. selepas dipindahkan ke icu kanak2 saya dibenarkkan menunggu , idlan masih demam dan keadaan dia seolah akan jadi seperti sebelumnya.. saya cepat2 minta petugas yang terbabit melihat keadaan anak saya dan ubat telah dibagi.

akibat kelalaian itu , doktor mensyaki ada kuman di otak , doktor scan otak , bila dapat keputusan otak bersih, tapi doktor masih mencari punca kenapa idlan tarik meminta kebenaran kami utk mengambil sedikit air tulang belakang. Terpaksa kami beri sbb kami sendiri tak tahu membuat apa-apa lagi. Bertawakal . Selepas air tulang belakang diambil ... aku lihat bertapa seksanya idlan menahan sakit. bayi yang berusia 6 bulan ya Allah menangis aku ketakutan.

keputusan diterima otak bersih dari kuman dan idlan tarik adalah disebabkan oleh demam. sekiranya dipantau sudah tentu idlan tidak tarik.

13 hari idlan di hospital, alhamullilah idlan dibenarkan balik. yang peliknya ada doktor cakap kemungkinan idlan akan berada di hospital seminggu dua lagi... tapi bila pakar datang terus memberi keputusan idlan dipindahkan ke wad. Petang pakar datang melawat lagi katanya idlan leh balik esok jika penafasan ok. Alhamdullilah idlan boleh balik esoknyaa. pelikkan satu doktor cakap 1-2 mggu lagi kena dirawat... tapi pakar kata lain. Walau bagaimana pun saya bersyukur sangat idlan kembali pulih.

semasa di hospital macam-macam kes dapat saya lihat. kami dapat kenali danesha.... entah apa jadi padanya sekarang kata umminya doktor silap bagi ubat.

Comments

Popular Posts