Thursday, January 24, 2008





Muhammad Idlan Hakimi Bin Azhar, dilahirkan pada 05 hb oktober 2007, jam 2 pagi dengan berat 2.1 kg.

semasa mengandung aku dapat darah tinggi mencecah 150/100 jadi kena masuk hospital . pada permulaan semalaman je kena tahan lepas tu balik dan doktor bagi cuti rehat selama 9 hari ..tup-tup masuk balik spital duduk selama 10 hari lak. idlan dilahirkan pada usia kandungan 35 minggu. terpaksa induce sebab kandungan asik urik dlm darah tinggi dan boleh menyebabkan bila tekanan darah naik. sebelum tu dah berkali-kali doktor nak buat pembedahan tapi tertangguh disebabkan tekanan darah normal.

Idlan dilahirkan pramatang terpaksa duduk di Hospital selama 15 hari. 14 hari antibiotik dimasukkan hari ke15 idlan dah boleh balik umah. Pada pemulaan takut je nak mendukung idlan... kecik sangat. alhamdullilah sekarang idlan dah sihat dan aktif.
ini gambar idlan baru lahir semua orang kata wajah idlan banyak ikut ayahnya

ini selepas rambut idlan dibuang.

idlan masa demam