Tuesday, September 02, 2008

Selamat Berpuasa

SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM.

Niat Puasa


“Sahaja aku niat puasa fardu Ramadan untuk esok hari bagi tahun ini kerana Allah Taala”

Solat Terawih

Solat Tarawih adalah solat selepas waktu Isyak dalam bulan Ramadhan. Solat ini hukumnya Sunat Muakkad, boleh dilakukan sendiri atau berjemaah, Jumlah rakaat Solat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam .

Lafaz niat: (Solat Sendiri)

Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Lafaz niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala

Sembahyang Tarawih ialah sembahyang yang sangat dituntut (mu’akkad) melakukannya. Ia bertujuan kerana mengajak umat Islam berjaga pada malam bulan Ramadhan dengan melakukan berbagai ibadat dan amal salih seperti berdoa, beristighfar, membaca al-Qur’an, bersembahyang dan lain-lain ibadat.

Sembahyang Tarawih itu bermula sebaik sahaja seorang itu selesai daripada mengerjakan sembahyang fardhu ‘Isya (seeloknya selepas mengerjakan sembahyang sunat Ba‘diyah ‘Isya’ kerana sembahyang tersebut juga dituntut (mu‘akkad)).

Waktu Tarawih itu pula berkekalan sehingga terbit fajar. Ia dikerjakan dengan dua-dua rakaat. Jika dikerjakan sembahyang Tarawih itu empat rakaat dengan satu salam, maka tidak sah sembahyangnya, kerana menyalahi yang disyariatkan. (Al-Majmuk: 4/38)

SELamat HARI MerDeka ke 51, Tahun nie tak nampak banyak jalur gemilang dikibarkan. Bersyukur Bumi Malaysia masih merdeka. Walaupun adat budaya cara hidup telah dijajah bagi sesetengah manusia