Friday, August 15, 2008

Idlan Bersama Ayah

aYAM mASAK kICAP iStIMEWA

Bahan

Beberapa ketul daging ayam goreng
bawang besar dipotong bulat
cili merah dipotong serong
bawang putih direncik halus
halia direncik halus
sedikit kicap lemak manis
sedikit sos cili
sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak
daun kunyit dihiris halus

cara membuat

Panaskan minyak tumis bawang besar, bawang putih, dan halia. masukkan daging ayam yang digoreng. gaul sebati bersama bahan yang ditumis. Masukan kicap lemak manis dan sos cili, serbuk lada hitam digaul sebati, akhir sekali masukkan cili dan daun kunyit. gaul sebati dan boleh dihidangkan.

note: minyak masakan ini pun sedap digaul dengan nasi untuk jadikan kuah
.

Resepi Acar Istimewa

.
Bahan-bahan (Hidangan untuk enam orang):

1 cawan minyak masak
1 cawan cuka putih
1 cawan gula pasir
1 sudu besar garam
200 gram kismis kuning
5 biji limau jeruk
Buah kuma cina
buah belimbing buluh jeruk
2 biji epal hijau (potong dadu)
10 biji buah prun
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 sentimeter halia muda (hiris halus)

Bahan dikisar halus:
10 tangkai cili kering (rebus)
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu besar rempah kari daging

Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian, masukkan cuka, gula pasir dan garam. Kacau hingga sebati.
3. Apabila mendidih, masukkan semua bahan yang lain.
4. Masak hingga pekat.
5. Siap untuk dihidang.

Petua: Rendam epal hijau dalam air berais dan campur dengan perahan lemon supaya epal tidak bertukar menjadi kehitaman.

Tuesday, August 12, 2008

Harga Barang Naik Lagi

Ya Allah Terasa sungguh untuk kali niee... apa yang nak buat , harga barang naik lagi ... naik bukan 5 sen tapi berganda-ganda . baru nie aku g shoping kat pasar dah lama aku tak g ...tengok2 beli ikan sikit dan sotong 4 ekor je dah mencecah rm 12.00 Terkejut betuii aku. ayam aku pilih lak yang dah dipotong mencecah rm8.00 dulu beli x da macam tu . kalau aku nie yang gaji tak seberapa niee terasa kenaikan harga tambahan orang -orang yang berpendapatan rendah lagi teruk terasa. aku sendiri pun tak tahan dengan harga sekarang. APA NAK JADI... SETAHU AKU HARGA MINYAK DAH TURUN napa kerajaan nie tak turun kan minyak. tapi kalau minyak turun sekali pun lum tentu harga barang turun. Tak lama lagi kita nak posa dan raya aku sure lagi teruk naik . Aku dan suami dah bercadang bercucuk tanam mana yang perlu. Mau hidup ke tak tolak belakang kita tanam dulu . KERAJAAN TAK LEH BUAT APA-APA KE HARGA BARANG NAIK NIEE. Diam je. gamak dah tak leh buat apa - apa kita bagi lak orang lain perintah tengok apa depa leh buat.

Monday, August 11, 2008















































Terkini foto Muhammad Idlan Hakimi