Klu dulu selalu tgk mak masak  ni, tapi dah budak2 x pernah nak rasa ..tetiba pagi td terlintas nak masak ni mujuk mak ada cni jd dpt belajar, 

Masak Lemak Terung



  • terung bulat - belah 4
  • ikan bilis
  • rempah kari ikan - anggaran 2 sudu besar
  • * bawang besaq - blender bersama bawang putih sedikit air
  • * bawang putih
  • asam keping
  • garam
  • santan

cara2 : rebus ikan bilis bersama bahan yg telah di blender halus masukkan garam dan asam keping, serta rempah kari ikan., didihkan seketika masuk terung bulat bersama santan , masak hingga terung lembut. Tutup api.

Bahan Tumis

  • daun kari
  • cili kering
  • bawang merah 
  • sedikit minyak

panaskan minyak tumis semua bahan ,.. masak sampai garing dan tuang keatas adunan masak lemak


Comments

Popular Posts