18 Ramadhan 

Anak2 dah semangat nak balik kampung , nak kuih raya ..dengan adik kecik ibu buat yang mudah je.



MAZOLA  

2 cawan kacang tanah( disangai dan kisar)
1 ½ cawan gula aising
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam halus
½ botol minyak mazola ( botol kecil) agak2 sampai boleh bentuk bulat2
Kuning telur dan kacang tanah utk hiasan...

Caranya:
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk...gaul sampai boleh bentuk bulat2... Bakar 20 minit 180 darjah...siap.
Budak2 pun boleh buat...senang mudah dan cepat.



 Biskut Cornflakes Crunchy

Bahan-bahan :
250g (1 ketul) buttercup/planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil/ 1 penutup botol esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya (Cik Tom guna separuh kotak)
Hiasan : ceri (tak nak pun takpe)

Cara-cara:
– Satukan butter, gula aicing dan esen vanila menggunakan senduk. Kacau sebati je, 
– Dah sebati, masukkan tepung jagung dan tepung gandum.
– Adunan memang lembik ye. Masukkan cornflakes yang dah diramas dan gaul sebati.
– Sudukan adunan atas loyang
– Jarakkan sebab biskut akan mengembang sikit.
– Panaskan oven suhu 160’c masa bakar 20minit atau ikut oven masing-masing.

*Harum mewangi bila dah siap masak




Biskut Samprit ( acu klasik )

Bahan 

1 ketul butter
2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung jagung
1 cwn tepung kastard
1 biji telor merah
1 cawan gula ising
ceri merah

Cara

Pukul butter bersama gula ising , masukkan telur  gaul sebati. masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard. Terap mengunakan acuan yg sesuai  bakar 





COKLAT BIJIRIN BERAS & COCO CRUNCH

Bahan2

coklat coin
Bijirin Beras dipanggang seketika
coco cruch
coklat rice
paper cup

cara 

Cairkan coklat rice masukkan bijirin beras ke dalam coklat yang dicairkan, gaul sebati . masukkan dlm papercup . Siap



Biskut Almond london


250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan cokelat compound

Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.



BISKUT SARANG SEMUT

Bahan-Bahan:
– 250 gram buttercup(suhu bilik)
– 1 cawan gula halus
(mixer 2 bahan nie hingga putih)
– 3 cawan tepung gandum
– 1 cawan tepung jagung
– 1 cawan tepung kastard
(ayak 3 tepung nie)
– 1 penutup esen vanila
– 1 biji kuning telur
– Papercup
– Coklat rice
– Penyagat cheese yg paling halus

Cara-Cara:
– Dah mixer putih gula dan butter masukkan kuning telur Dan esen vanila. mixer lagi hingga sebati. 
– Masukkan bahan ayak dan uli hingga tak melekat Kat tangan.
– Kepalkan adunan menjadi doh kecik dan terus sagat dalam mangkuk laen.
– Sudukan adunan dalam papercup Dan tabur coklat rice
– Bakar pada suhu 180 celcius 20min atau mengikut oven masing2

Comments

Popular Posts