Memori Persiapan Jamuan Hari Raya Bagi Jabatan Seni

mmg happy bila gotong royong menyediakan juadah untuk jamuan niee... menu-menu semua dah ada chef .. sekali sekala aktiviti macam nie mengeratkan tali persaudaraan. bersemangat staf sokongan jam 10 dah siap buat persediaan , rebus nasi impit, masak air gula... persedian bahan memasak yang lain...jam 12 baru ayam sampai ...hari tu jumaat rehat jam 12.15 ... tapi asyik buat keja jam 1 lebih baru aku balik ..umah sebab kena ambil anak ,pegasuh tak dapat jaga petang tu dia ada hal. jadi idlan dok umah dengan ayah jee petang tu.

Balik umah sempat aku goreng bihun singapore dan buat bubur kacang hijau + durian bawa jamu selera kawan2 buat keja kat bengkel industri tu , ct lak buat mee goreng. memang meriah tapi.......... yang sedih ada juga pertengkaran kecil berlaku aduhaiii..... rasa frust sangat ... rasa malas nak join lagi kalau mcm tu . walaupun tak melibatkan aku tapi benda tu tak sepatutnya terjadi . dah sepakat melantik chef2 kenapa dipertikaikan barang-barang keperluannya. Tak pa la harap tak da bermasam muka petang aku tak tunggu lama 5.30 aku kena balik sebab jiran buat openhouse ... adat berjiran kena hadir laa dah nama satu taman. Majlis Sebelah malam.

Sekalung Penghargaan Untuk Chef-chef yang sudi menyediakan juadah Jamuan Hari Raya Jabatan Seni ...semua sedap-sedap tapi tak semua aku jamah ...malam tu ...perut dah penuh dek hadir openhouse jiran ...jadi aku rasa ayam BBQ, air fruitpunch dan Agar-agar yee. Tapi dari feekback kawan2 hehehee semua sedap2 belaka ...balik umah teringat rendang nasi impit aku x sempat rasa... nak buat camna perut penuh.

Ayam BBQ - chef jai ...sedap
Lemang - chef en.burn dan Dr. roskang
Rendang ayam & Daging - chef dr harozila
Bihun , air - Chef pn Intan
Agar-agar pembasuh mulut - cik muriza.



































































Comments

Popular Posts