wajah idlan kena balut.

Selepas keluar hospital, kami terus mengambil keputusan idlan akan kami cari pengasuh, kami tidak hantar idlan ke neseri lagi kerana kemungkinan idlan tidak tahan persekitaran di ctu. budak2 rajin demam , batuk dan selsema. Idlan lak baby pramatang .

Minggu pertama mak tok dan tok ayah terpaksa duduk di cni menjaga idlan kerna ibu dan ayah kerja. hampir 2 minggu aku bercuti menjaga idlan cuti pun dah habis. Minggu seterusnya idlan dapat pengasuh baru, mak cik citi. depan umah je alhamdullilah.

Idlan mula kami bawa terapi di Gedangsa. kata org kakak yang mengurut idlan mempelajari teknik urutan bayi di Jepun / China. Bila kami pergi ramai kanak-kanak menerima rawatan di sana. Ada yang sempat bertanya dari anak 6 bulan , telah dibawa ke sana kerana anak termakan air ketuban dan menyebabkan anggota badan keras. sekarang anak berusia 1 thn lebih dah banyak perubahan yang dilihat.
Untuk kali pertama, idlan memang marah badanya di balut, tapi selepas 4 jam balutan dibuka idlan nampak selesa. sehari demi sehari idlan makin aktif. Kali kedua idlan nampak lagi cergas sampai tidak leh lega jika memegang.

masuk dua minggu pengasuh idlan memberitahu dia mengandung, idlan kena cai pengasuh baru idlan dapat opah pulak. Alhamdullilah duduk dengan opah sekarang.

Kami serik hantar ke nesery lagi setakat ini kerana kami dapati kebersihan diragui. Sebelumnya sememangnya menjadi tanda tanya... tapi masih bertahan di nesery kerna percaya walaupun antara kawan-kawan yang berjumpa kami bertanya dan bersembang2. Namun Tuhan telah membuktikan Keraguan itu terbukti apabila balang susu idlan pecah dan susu dikembalikan dalam botol baru untuk kegunaan harian. fikir-fikirkan
  • ADAKAH SUSU TERSEBUT TIDAK TERCEMAR OLEH KACA DARI BALANG YANG TELAH PECAH.
  • BEG UBAT/MINYAK YANG DIBERI DALAM KEADAAN PUTIH BERSIH DIPULANGKAN DALAM KEADAAN BERKULAT DAN DILETAK BOTOL SUSU ANAK DI DALAMNYA.

Comments

Popular Posts