Thursday, May 10, 2007

Setiap bulan mesti tertunggu-tunggu waktu period, setiap kali solat mesti berdoa cepat-cepat dapat baby. ye la umur dah tua masa kawin. risau juga. tapi ..............

2 mac 2007

Aku disahkan mengandung, gembira tak terkira.

Awalnya ada masalah ovari csyt. doktor kata csyt akan surut. Doktor sendiri tak leh bagi tahu berapa usia kandungan masa tu sebab masa gi jumpa doktor 2 februari 2007 , period tak turun tapi yang ada cuma csyt je. 2 mac 2007 g scan sekali lagi untuk tengok csyt baru nampak benih dah ada kat rahim.


2 April 2007. 12 minggu, First time gi klinik ibu mengandung buat buku sebulan selepas. Masa tu dah mula mengalami alahan Loya, muntah dan pening-pening. First time gi klinik nurse dah minta datang semula untuk ujian gula dalam darah bagi mengesan ada diabates tak akibat berat badan yang melebihi dari sepatutnya.


6 April 2007 gi klinik untuk minum air gula dan tengok kandungan gula dalam darah. malam tu jam 10 dah start puasa, esok awal-awal pagi g minum air gula.. nak muntah pun ada dah perut kosong... tunggu 2 jam baru leh ambil darah pulak baru leh makan . Darah result 6.8 mmoi/l. nurse call dokor tanya, ikut difahamkan bawah bacaan 5 kira ok. doktor kata ok lagi selagi tak mencecah 7.5 mmoi/l.


Alahan macam-macam dalam tempoh tu , bau orang masak tak boleh, makan pun mula memilih, angin dah satu badan, bau minyak wangi dan lain-lain. Pagi-pagi mesti muntah, kalau silap makan pun muntah juga. letihnya.. dah dok sorang-sorang suami jauh. kadang-kadang call mak dan kak mengadu, sedih bila sorang-sorang macam tu mak dan kak mengandung tak ada lahan lansung. Kadang-kadang mengalir air mata nie, rasa sayu. Tunggu suami balik hujung minggu jika tak ada aktiviti kat sekolah baru dapat balik. Kesian juga kat suami jauh tu 5 jam lebih perjalanan baru sampai cni. Bila cakap dengan kawan-kawan ada yang kata depa pun ada juga yang rasa sebak je , dan sayu waktu alahan tu.


30 April 2007, 16 minggu , check perut lagi, nurse kata dah ada ketulan, hb darah 11.8 ok lagi tu. tapi tekanan darah naik pulak mula-mula check 120/90 tup...tup naik pulak 130/90. kena lagi masuk jumpa doktor, doktor minta datang selang sehari selama seminggu untuk check tekanan darah. cuma hari first je tinggi 132/94 mmhg.. lepas tu turun hingga 120/80 mmhg.


8 mei 2007 , 18 minggu, last check darah dah ok ckit. hari ni juga nak scan tengok baby. Berdebar-debar rasanya. Bila scan dah dapat gambar baby, baby dah bergerak-gerak cuma kecik dari tarikh minggu sepatutnya. jadi nurse minta jumpa doktor lagi sekali pada 28 mei 2007 nanti. Kata nurse baby macam 15 minggu.



ni buat alahan baru pulak, bila bawa keta jadi pening lak . dah makan pun boleh pening dan loya lagi.
Majlis Persandingan Di Rumah Mertua
makan beradap mak & ayah temankan





sedap lauk best-best, ada udang harimau, bubur pulut hitam




bersama anak-anak saudara

potong kek hantaran di umah mertua , malam kenduri

Kawan-Kawan Di Majlis Persandingan


ada ramai kawan-kawan yang datang tapi tak sempat nak rakamkan memori indah bersama.


Majlis Persandinga Diadakan Pada 25 November 2006
Dua paang pengantin diraikan sekali
adik lelaki kantan dan isteri
kantan dan suami





Hantaran untuk pihak lelaki









kak eris sponser


Ini kuih telur , kuih orang acheh, hanya orang yang creatif je dapat membuatnya. mak sedara bagi untuk dijadikan hantaran



kek kak sponser


coklat Nurul sponser

Semua hantaran digubah oleh kak zaidah, kak eris dan ton


bilik, ruang makan di siapkan oleh mak dak, pak dak d nazri


ni adik dan isterinya

Bergambar di hadapan Majlis selepas upacara akad nikah dijalankan bersama keluarga pengantin lelaki.



Dari masjid, terus ke rumah Orang tua kantan , untuk jamuaan makan

keluarga pihak lelaki









Upacara Membatalkan Air sembahyang sarung cincin , di bilik pengantin

sebentuk cincin disarung oleh suami tercinta

sarung cincin ke tangan suami




19 november 2006 Majlis pernikahan di Masjid Al-Furqan , Akar peluru Alor Setar. Ada dua pasangan pengantin dinikahkan pada petang tu
tu Ayahanda dok tengok maskawin yang diberi oleh pengantin lelaki

Alhamdullilah dengan sekali akad je kantan sah menjadi isteri pada suami kantan. Semoga Rumah tangga Yang dibina diberkati Ilahi , kekal bahagia, dimurahi rezeki hingga ke akhir hayat.














masing-masing menurun tanda tangan diatas sijil penikahan















rombongan pengantin perempuan dan lelaki kat dalam masjid tu, ramai anak-anak yang ikut.